Suami Siti Nurhaliza - Datuk K Sedang Menjalani Pembedahan
17 Dis –
Perkembangan terbaru suami kepada penyanyi No. 1 negara Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) selepas
beliau terlibat dalam satu kemalangan teruk ketika menunggang motosikal
berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya di Queenstown, New Zealand baru-baru ini
kini sedang menjalani pembedahan. By Jccollbox , Jccollbox Poster

"Pembedahan
sedang dilakukan bagi memulihkan semula kecederaan dalaman yang dialami Datuk
Khalid apabila tangan, kaki dan bahunya patah akibat kemalangan itu," ujar
kakak kepada Datuk K, Datin Zaiton Mohd Jiwa kepada Murai.
"Selepas
pembedahan ini dilakukan, barulah doktor dapat menentukan sama ada Datuk K
boleh atau tidak dibawa pulang semula ke Malaysia. Sejak semalam, semua
anak-anak Datuk K sudah sampai di sini untuk melihat keadaan ayah mereka."By Jccollbox , Jccollbox Poster
Tambah Datin
Zaiton lagi, sekarang ini semuanya bergantung kepada keadaan Datuk Khalid dan
beliau berharap adiknya itu agar cepat sembuh.
Beliau yang
ditanya sejauh mana seriusnya kecederaan yang dialami Datuk K itu berkata,
kecederaan yang dialami oleh adiknya itu memang agak serius.
Info:
Yahoo
No comments:
Post a Comment
By : Jccollposter , Myjcollposter , Jccoll Poster